World Cup mischief

10:49 AM 7/13/2010
you sir are nothing but your troubled judgement. yet you change what came from the fallen blackness.
you embrace what most would gladly curse.

yeah! kerja dah siap. dan skang masih kul 10 pagi.

okay. semalam [Senin 12 July] aku bangun lambat. sebab pagi2 tengok Spain menang World Cup kat Rasta kat bawah Penchala Link tuh. huhu. habis jek extra time tuh. aku ngn kawan2 trus blah dari tempat yg penuh ngn aweks taktau malu pakai shortpants ketat, juga penuh ngn mamat seperti aku yg tatau malu melihat kaki2 aweks2 yg putih. seb bek aku x amik gamba skali. lol. kul 5.30 kot sampai kat umah. urgh! jadi aku pun mula berangan-angan untuk tidak tidur pagi itu serta menjadi pekerja contoh yang datang awal ke opis.
ye. sampai di rumah. aku tggu Subuh tiba dan duduk melepaskan kaki atas sofa kat ruang tamu sambil set alarm kul 8 pagi, just in case aku tertidur. dan ye. aku tertidur jua. dan pabila aku buka mata dimana aku rase cam tertidur 2 minit. dah pukul 11 pagi. nice one!!! alarm pun tak nolong upenye. hadui. punah angan-angan nak jadik pekerja contoh.
aku menggeliat kepenatan. serius rase cam 2 minit tido! still rase penat tuh. aku bangun cepat-cepat. stretching sket. dan terus berusaha pergi ke jamban yang bila mana setelah aku duduk. aku cuba memikirkan kenape rasa sekejap nak mampus aku tido? bersama setan yg berjuang untuk menutup kelopak mata aku. aku hindari kekusutan itu dengan cube memikirkan message ape la Elvin [team leader aku] akan hantar pada aku pagi itu. dan sejurus itu juga aku terdengar henpon aku menerima suatu SMS. aku hanya berharap ia msg advertisement Digi yang annoying. tapi aku berada dalam jamban melaksanakan perintah usus. maka aku takleh gi bace SMS lagi.
selesai kerja-kerja menabur simen cekelat. aku mandi.
dan sejurus aku keluar dari bilik air. aku menyambar henpon yg tak melekat kat charger. skrin beliau tampak gelap. aku cuba tekan-tekan butang henpon dengan harapan ia masih berfungsi. ye. ia tidak berfungsi. mesti SMS tadi last kopek battery reserve dia. demn! terpaksa lekatkan charger. tggu fon fully logged on. dan aku nampak icon berbentuk surat warne kuning kat atas skrin fon aku. sah ade message. aku pun membuka inbox. oh. rupenye ade satu je SMS dari Elvin. msg berbunyi “Bradar, mana u?” haha! aku ingat nak kene lecture. cenggitu upenye. oklah. aku trus call Elvin. cakap aku baru bangun tido.

setelah aku siap. aku pergi cek kereta Honda. Satria ade kat adik aku. dan aku terpikir. road tax Satria dah mati. aku dah buat yg baru. cume belum collect je lagi. dan Satria perlu di service secepat mungkin. dan aku terpikir. ini boleh menjadi alasan aku untuk tidak datang kerja. jadi aku menelepon Elvin semula. menipu Elvin yg aku nak pegi buat Road Tax serta service kereta. dia bagi Yellow Light. maknanye. kalau boleh, datanglah kerja. haha! aku kata OK. mungkin benar aku akan sempat gi kerja. tapi sebenarnye ‘tidak’. hehehe. krete Satria tade kat aku kot. hehehehehe!~
petang tuh dalam kul 2pm. aku pegi collect passport aku kat Subang. tapi hanye boleh collect 2 jam selepas aku bayar. demmit. dan aku membuang masa 2 jam kat Subang Skypark.. haha! best dol. kat mana? anda boleh cube carik sendiri. tempat duduk menunggu dia terbaik serta comforting. aku duduk kat sofa hitam yg luas lagi selesa itu. dan bace Daughter of the Empire. First book of Raymond E Feist’s Empire Trilogy. cerita pasal anak pompuan Lord of Tsuranuanni aka Tsurani yg jadi Lady of the Clan. yg tradisi derang dalam buku nih ngikut ala-ala tradisi Jepun lama. Samurai!!! puas gile aku bace selame 2 jam. dah la cerita dia tak habis2 pasal ‘Honour’. dalam bahse Malaysia nye. Maruah.
4.30pm aku gerak pi collect passport. saye amat berpuas ati. akhirnye saya ada passport sendiri. hasil titik peluh saya sendiri. hehe. best! okay. plan pegi Singapore akan di atur secepat mungkin. pegi bulan puasa best gak. leh jimat duit dari segi makan. hehe.
hepi hepi. 4.30pm kat Subang. kalau gi Opis. kul 5.15 pm top lah. mesti aku sampai sane. 5.30 pm orang balik keje. jadi cancel lah niat pegi opis. hehe. aku pegi e@Curve je. marathon wayang. Despicable Me 3D serta Predators. Despicable Me comel gila. Predators cam.. nice jugak. worth it la.
tapi cam Despicable Me tuh. dia buat ala2 Ya’juj Ma’juj yg comel. hoho. demn! dan budak2 dlm movie tuh mmg comel gile. “It’s Fluffy!!!” hehe. tengok cepat!!
abis movie marathon. aku balik ngn rase puas ati. serta stil penat pagi tu tak abis lagi. penat!! sampai kat rumah. aku tuka baju untuk tido. set alarm. baring atas katil 20 saat. terus tertido.

dan pagi nih aku sampai opis tepat kul 9.00 pagi. hehe..

About ururu5

I practice Islam, total One Piece fan.. and L'Arc-en-Ciel.. and Arsenal.. and PAS.. and.. im single.. or am i? N.E.S. tolong confirm kan.. I'm left-handed..

Posted on 13th July, 2010, in blog, Football, Keje, novel, wayang. Bookmark the permalink. 3 Comments.

  1. Aku masuk jamban bawak hp.. and selalunya dulu aku akan sms ex aku tanya “Cuba teka intan tengah watpe?”… and dia akan jawab dengan tepat sebab selalunya time dlm jamban je aku akan tanya soklan tu.

    Aku jugak suka mendengar mp3 sambil melepaskan hajat…. xde la pakai earphone…loudspeaker la…

    bagus bwk hp dlm jamban ni..cuba bygkan ko tgh wat bisnes dlm tu, tiba2 rumah dimasuki penyamun. Kan leh kol polis terus dari dlm jamban. Wakaka..

  2. inception cool!

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: