isu menara 100 tingkat

re-post comment aku dari blog AlexiaAqram [LensaRosak] article Isu Hari Ini 5: Bina Bangunan Tinggi 100 Tingkat. sile bace blog beliau dulu.

jadi PNB ade RM5 billion untuk bina menara 100 tingkat tuh? jadi kenape menara tu nak dinamekan Warisan Merdeka? bukan menara PNB? ini bukan projek UMNO? kenape UMNO luluskan? mane PNB nak cekau RM5Billion kalau bukan dari pertolongan kerajaan? macammane kerajaan nak tolong bayar separuh RM5billion tu? UMNO ade 3-4 billion dalam tabung? macammane pulak ngn projek lain? UMNO tak gune duit taxpayers untuk tolong kroni2 dalam projek2 UMNO yg lain?

itulah yg main dalam pale otak aku. and then. ade soalan lain. tak kisah la dia nak bina bangunan tuh. tapi DIMANA dia nak bina bangunan tu?
dalam KL? Putrjaya? kenape tak bina kat WP labuan? kenape tak bina kat kuantan? kenape tak bina kat perlis? KL ade byk ruang lagi? kalau tade ruang macammane nak besarkan jalan? jalan tak jem? projek besarkan jalan sape pulak yg nak tanggung? projek flyover tinggi besar? bawah tanah? setau aku bangunan MOF kat putrajaya tuh byk opis kosong. kenape PNB tak duk sane?

BINA bangunan tuh TIDAK dikira pembangunan wahai meleisian. pembangunan tuh dikira dari segi efficientnye proses seharian negara tertentu. pembangunan tuh dikira dari segi taraf hidup KESELURUHAN penduduk suatu negara. bukan dikira dari bangunan-bangunan tinggi. duit 5 billion tuh dia boleh buat macam2 daripada buat SATU SAHAJE bangunan tinggi. kalau duit tuh dia buat tolong buat universiti untuk org fail SPM ke. tolong subsidize hospitalization and clinical fees ke. buat better public transportation ke. turap jalan ke. sume tuh lagi bagus dari open opprtunity for better office environment. naikkan taraf pendidikan semua orang. ppl will get better. ini tidak. kecik2 dah ajar mende2 tipu. mende2 tak rasional. nak jadik nationalist cemane?

kalau rakyat negara ni kerajaan jage betul2. maka rakyat pun boleh jadi lebih produktif. tak payah carik company2 luar negara sewa opis. bukak opis kat meleisia pun. most profit dia pegi negara dia jugak. cume dia kene bayar tax je la.

so instead of gaining profit from taxes. ape kate gain profit by production. tapi kene la start bagi pendidikan kat SEMUA budak2 kat Meleisia nih. supaye tak jadi bahlol cam pemimpin sekarang ni.

so najib tak pernah tanye ke soalan2 nih sebelum dia luluskan projek nih? mesti la tertanye2. dan membentangkan plan nih bermakna dia amat konfiden dia akan terus menduduki kerusi PM dan kerajaan sampai 2015 atau 2020. well. kalau kerajaan bertukar tangan atau dia mati before 2015.. then semua responsibilities jatuh kat successor dia. ape dia kisah. kan?

yg si najib tuh luluskan projek nih sebab dia nampak. kalau ade bangunan tinggi. ramai lah investor2 luar negara tengok cam meleisia konon negara maju. dan ade tempat kosong dlm bangunan tuh leh dia sewa. boleh duk Malaysia nih. jadi penuh la meleisia nih ngn org2 Arab. orang US. org Franchis. cheap labor pun makin ramai la dtg dari laut naik tongkang haram, nak tolong bina bangunan 100 tingkat tu. pastuh dia bantai jadik permanent resident skali. kalau derang tak dapat keje. derang carik rumah2 yg senang pecah. org meleisia kaye dol. kalau rumah kene rompak. duit ASB ade byk lagi. so. ape nak kisah kan?

bina SATU bangunan tuh SERIBU lagi masalah datang. cube tekel satu persatu masalah kat malaysia nih dulu. KL ngn Selangor nih dah pack sangat dah. bawak2 la mulakan proses halau orang dari tarik orang lagi. serius bosan aku masuk KL asik jem je keje manjang. kate dulu nak pindahkan kerajaan ke Putrajaya. pelik aku Putrajaya tuh stil kosong. kat KL nih makin padat.

well untuk isu menara nih. PNB menolong la sangat. tolong org dapat duit byk je. org dapat duit byk. pastuh? lantak la korang nak buang anak ke. tanak blaja ke. PNB ape kisah? yg penting bangunan dia siap. yang penting orang meleisia boleh buat duit. dia pun leh buat duit. itu la kepentingan satu syarikat : PROFIT. bukan environment. environment tuh kerja kerajaan. kerajaan pulak dah dapat duit tax dari pembangunan menara tuh. derang gi melancong la. jage environment buat hape? melancong lagi best kot. beli kapal selam takleh selam lagi 2 bijik. hantar ‘Space Guest’ [oh.. takleh panggil ‘space guest’. kene panggil astronaut] lagi sorang. sorang je.

kenape pemimpin2 UMNO tak berfikir dari persepsi rakyat? sebab derang TAK PERNAH jadi rakyat.

projek-projek besar dalam malaysia nih mane yg tak berkaitan ngn UMNO?

ini semua mmg salah mak bapak. datuk nenek dulu2 tak belajar betul2. asik vote UMNO je keje. asik nak keje ngn UMNO. sebuk ngn ketuanan melayu. bodoh!!

aku jadi Otaku lagi bagus lah!

About ururu5

I practice Islam, total One Piece fan.. and L'Arc-en-Ciel.. and Arsenal.. and PAS.. and.. im single.. or am i? N.E.S. tolong confirm kan.. I'm left-handed..

Posted on 21st October, 2010, in Uncategorized. Bookmark the permalink. 2 Comments.

  1. sebenarnye aku confuse. bangunan tu untuk ape??

    100 tingkat… untuk office…

    kalo gempa bumi kat sumatera terrrkuat sikit… tak ke gayat beb?

    takut dowh bangunan tinggi2…

    • haha! beats me. aku pun tatau tujuan bangunan tuh. kalau dia renovate bangunan2 rendah kat kl.. let say kate 5 bangunan. sume jadikan 20 tingkat.. kan dah dapat 100 tingkat jugak.
      well.. maybe setgh tu untuk staff PNB la. stgh lagi dia sewa. mesti mahal!..

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: