Bicara agama… lagi.. heh

aku bace Blog Serius obefiend bertajuk Serius – Dah Baca Belum Great War For Civilisation

komen Damien.. semuanye tak kene ngn ape yg obe cube sampaikan.. berdasarkan komen Damien, nampaknye Damien lebih mempercayai kekuasaan org yahudi lebih dari kekuasaan Islam.. org suruh bace.. bukan suruh buat conclusion.
tengok komen dia.. dia kate yahudi sedang merosakkan kita.

yang merosakkan kita sebenarnye diri kita sendiri.. bukan yahudi.. [well.. mmg la komen dia menyebut tentang kepercayaan pasal tulisan org2 Islam lebih bagus dari tulisan2 org2 barat… tapi berdasarkan komen beliau.. nampak dia takut dengan kuasa2 barat tuh. rasakah kamu dengan ketakutan beliau?]

peranan org yahudi dlm dunia ini adalah untuk menghapuskan pengikut Muhammad.. bukan menyesatkan pengikut Muhammad.. byk beza antara ‘hapus’ dan ‘sesat’

org yahudi lebih suka membunuh org Islam dari menyesatkan org Islam.. kan senang bunuh org Islam dari menyesatkan org Islam.
-kerja2 menyesatkan manusia nih jatuh pada Iblis dan syaitan je..-
kuasa yahudi itu tak pernah melebihi.. malah tak pernah mempengaruhi mana2 umat Islam. biarlah teknologi mereka setinggi langit. org Islam takkan sesat bila dipengaruhi Yahudi.

mana bukti org yahudi menyesatkan org Islam?
tapi aku boleh tunjukkan bukti bahawa kamu sendiri yg merosakkan agama kamu sendiri.

apa pilihan kamu? siapa yg memilih? kamu sendiri atau org yahudi? sesungguhnya neraka itu penuh dengan org2 yg pernah mengaku Islam.. bukan kerna mereka mengikut yahudi.. tetapi sebab mereka memilih untuk mendengar bisikan syaitan.

dan Damien.. adakah kamu percaya kafir sedang menyesatkan org2 Islam? hahaha! aku bagitau lagi sekali.. bukan kafiri yg menyesatkan Islam.. tapi org2 seperti kamu yg menyesatkan org Islam..

yg tak patut ditakuti.. kamu takuti! SYIRIK!!

bukan nak kate Damien nih jahat atau syirik atau tak betul.. atau menyebarkan mende yg salah. mungkin betul ape yg dia cakap.. cume pemahaman dia kot yg kurang.. aku rase la. heheh! dan aku cume mahu beliau mengingati.. berdasarkan komen beliau.. beliau nampak tak selesa dengan kuasa2 zaman sekarang. padahal sudah ada kuasa mutlak dalam hati kita.. yg selalu kita ingati.. tak perlu takut dengan buku org lain. tak perlu hina buku org kristian or yahudi.. dan tak perlu terus mempercayai apa yg ditulis org yg sekadar mengaku Islam. betul cakap Obe. wahyu pertama Rasulullah SAW adalah Iqra’.. “Bacalah”.. so bace la dulu buku Robert Fisk tuh.. kebenaran tak semestinya datang datang dari org Islam sahaje.. org bukan Islam pun boleh sebarkan kebenaran…

===============================================================

ingatlah.. bile seorang Islam memilih, pasti dia memilih jalan benar. bila seorang bukan Islam memilih, mungkin terpesong dari memilih jalan yg benar. Islam kah kamu? jap aku elaborate. sebab
oh! kamu ingat.. asalkan kamu belajar agama Islam.. kamu kira kamu Islam? hahahaha! what a joke!
tahukah kamu ada penganut Kristian yg lebih Islam dari kamu? tahukah kamu ada seorang Yahudi yg lebih Islam dari kamu? tahukah kamu ada seorang penganut Buddha yg lebih Islam dari kamu? tahukah kamu udara itu Islam? tahukah kamu matahari itu Islam? tahukah kamu Bumi ini Islam? Tahukah kamu Iblis itu sendiri lebih Islam dari kamu? [well.. yang ni aku tak confirm. tapi aku percaya Iblis still sembah Allah, cuma dia tak ikut arahan Allah untuk tunduk pada manusia je.. so dia dilaknat.. bukan aku nak sokong Iblis.. tapi nak tunjuk point kat korang yg Islam itu bukan sekadar agama saje]
dan itu lah. Islam itu bukan sekadar agama. Islam itu kehidupan. Islam itu segalanya.

so cukup Islam kah kamu? adakah benar jalan yg kamu pilih?

nak cakap pasal propaganda untuk menjatuhkan Islam? aku percaya.. propaganda untuk menjatuhkan Islam hanye berlaku pada zaman Rasul-Rasul dan sahabat Rasul je.. time sekarang.. tade dah propaganda nak menjatuhkan Islam.. sebab Islam dah dijatuhkan oleh penganut-penganut nye sendiri.. yang mudah sangat percaya bahawasanya agama lain sedang cuba sedaya upaya menjatuhkan Islam.. padahal dgn mempercayai bisikan syaitan itu sendiri buat mereka2 ini lebih takut.. pada jiran2 mereka. padahal jiran2 mereka hanya membuat rutin harian.. padahal jiran2 mereka hanya syak wasangka sedikit pada kamu.

“fell by your own paranoia”, kate aku.

tahukah kamu.. iman kamu terletak pada hati. bukan pada barang2 seperti buku atau besi salib? bacalah bible. bacalah taurat. bacalah kitab2 agama lain. pakailah tanda salib. pakailah jubah yahudi. pakailah kalung taring harimau. kalau kamu percaya iman kamu di dada.. maka ape yg kamu nak takutkan pada barang2 yg datangnye sendiri dari bumi ini sendiri? apakah kuasa barang2 itu? kamu percayakan kuasa barang2 sedemikian? maka syirik lah kamu!!!! ape kah maksud syirik? bukankah “menduakan Tuhan”? jadi kalau kamu takut pada satu kuasa lain, bukankah bermaksud kamu mempercayai ada kuasa lain selain Allah?

propaganda itu bukan kuasa? maklumat itu bukan kuasa? media itu bukan kuasa? jelingan dengki jiran kamu bukan kuasa? kuasa itu datang dalam pelbagai bentuk. kuasa bukan sekadar pangkat.. kuasa itu yg kita pelajari membuatkan kita takut pada Tuhan kita.

hai manusia. jiran itu saudara kamu. dari darah daging Adam dan Hawa. seburuk mana jiran kamu. darah dan daging kamu masih sama.

aku terpikir pasal ego dan hasad dengki antara manusia.. dan ia berbalik kepada permulaan.. kenape Nabi Adam dicipta seorang sahaja walaupun Tuhan boleh cipta berjuta2 Adam? bagaimana kalau Tuhan cipta abang atau adik kepada Nabi Adam. mungkin kah terjadi apa yg berlaku hari ini? mungkinkah Nabi Adam itu mungkin terbunuh seperti sejarah pembunuhan Habil oleh Qabil? perasaan dengki itu wujud dari permulaan lagi. dan kamu manusia2 yang dengki dengan manusia lain tidak mahu melihat jiran2 kamu hidup senang. itu lah nafsu kamu. itulah yg menjatuhkan kamu. dan kamu heret bersama apa yg dinamakan Islam bersama kamu untuk jatuh bersama kamu. dan kamu menyalahkan jiran2 kamu yg sekadar hanya memandang serong kamu.

bila Islam itu jatuh pada zaman sekarang. tentu sekali itu salah kamu. dan bukan salah orang lain.

bila ada tsunami, gempa bumi, tornado, ribut.. itu bukan bermakna Tuhan murka.. itu Bumi meragam… sebab kalau Tuhan nak timpa bala kat kamu.. kamu tak sedar pun bala tuh datang.. sejurus masa.. secebis saat.. bala tuh kene kat kamu.. kamu takkan sedar pun.. tup tup kamu ditimpa bala..

tsunami tuh kamu boleh nampak datang.. ribut tuh kamu boleh tengok forecast.. gempa bumi tuh kamu boleh rasa untuk lari..tak secebis saat mane!

sebenarnye.. susah aku nak elaborate satu2.. sebab kalau elaborate satu per satu.. mmg panjang lah nak kene tulis.. jadi buku kang. haaa! so aku pun tulis pendek2 jek point dia. dan pasti ade orang akan misinterpret ape yg aku cube tulis nih. hai.. cemane sebenarnye aku nak sampaikan?

===============================================================

minggu lepas aku berdebat ngn mak aku.. mak aku ngn adik aku percaya yg bila seorang bapa mencari rezeki haram. seperti berjudi dan mencuri.. si anak yg makan dari duit haram itu turut mendapat keburukan rezeki haram tersebut.

dan aku percaya. Islam itu adil dan akan berlaku adil pada anak2 si pencari rezeki haram. jadi aku percaya. si anak2 tidak mendapat keburukan untuk makan dari si duit bapa yg haram. [provided anak2 tak tau yg bapak dia carik rezeki haram lah]. kids gotta eat!!

kalau anak2 tau bapak carik rezeki haram. elok si anak menolak rezeki itu supaya si bapa berhenti carik rezeki haram. dan si bapak pun bawak2 la jgn ngajar anak carik rezeki haram. dah ko carik rezeki haram. anak2 pun ikut la! yg si anak2 tade pelajaran nih pun dah sebab bodoh.. ikut jek perangai bapak. itu dah efek la anak2..

ye la.. pointnye.. bimbingan bapak itu yg merosakkan anak2.. bukan rezeki haram tuh yg merosakkan anak2.. so anak2 yg tak tau bapak bagi rezeki haram tuh.. tade pape efek la..

Wallahualam!

About ururu5

I practice Islam, total One Piece fan.. and L'Arc-en-Ciel.. and Arsenal.. and PAS.. and.. im single.. or am i? N.E.S. tolong confirm kan.. I'm left-handed..

Posted on 5th May, 2011, in Religion. Bookmark the permalink. 1 Comment.

  1. aku suke baca pandangan orang pasal ni… good thought😀

    tapi aku tak berani nak komen banyak2 sebab salah taip sikit bleh mengundang banyak salah faham… maklum laa aku bukan pandai sangat nak melontarkan pandangan. setakat nak merepek tu selit sikit2 bleh la…

    teruk kan skang? bende yang tak patut takut, sibuk2 orang takut. padahal takut pade Allah je dah la. confirm tak sesat ye tak…

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: