Monthly Archives: May 2012

Biskut Roti Kering

aku sekarang kat opis tengah makan roti keras. alah.. roti yg kene sapu marjerin pastuh di biar kering dalam oven lepas tuh sprinkled dengan gula tuh. kompeni aku macam kompeni2 besar yg lain, provide biskut untuk employees mereka kat pantry. well. technically, opis aku nih tade pantry, tapi ade beberapa bahagian dalam opis nih jadi tempat letak makanan2 utk share antare kitorang serta tempat letak snacks yg kompeni provide. so salah satu snacks yg kompeni bagi kat kitorang adelah biskut kering nih, selain dari biskut cream cracker yg tawar. lol. kedekut tul. hahaha!

so aku nak cerita pasal biskut kering sebenarnye. aku teringat mase zaman aku belajar kat UTP dulu. disebabkan masalah kewangan yg melampau mase aku 2nd year. aku berdietkan roti kering nih je. aku akan beli satu paket roti kering consist of 6 keping roti kering panjangnye sejengkal setiap satu. berharga RM1.50. dan aku akan bahagikan 6 keping roti untuk makan selama seminggu. yes! selama seminggu, diet aku hanya 6 keping roti. aku beli kat cafe bawah.

aku patah 3 setiap satu keping. 1 piece untuk breakfast, 1 untuk lunch, dan 1 untuk dinner. maknenye, sehari aku makan 1 keping roti kering. disebabkan ade 6 keping roti je dan seminggu ade 7 hari. mane cukup kan? so aku decided untuk berpuasa pade hari yg aku rasa nak puasa (mmg aku nih tak reti ikut Sunnah..Astaghfirullah!) untuk menyelamatkan 1 keping roti yg tak ujud supaya aku tak kebulur dalam seminggu tuh.

minum takyah cerita la. air paip ade. roommate aku ade kettle. air kosong mmg byk. lagi pun air kosong kat cafe adelah free.. begitu juga ngn watercooler kat common room. so air bukan masalah. yg masalah adelah makanan je.

mende nih terjadi lebih 2 bulan.. dan aku berjaya nampak kurus(sikit). oh! satu mende aku pelik ngn badan aku. berat aku takkan turun. tapi physical appearance aku berubah. kulit aku akan bertukar hijau. dan aku akan lebih cepat merasa marah. rasa nak pukul2 orang sekeliling dan menghancurkan harta benda awam. haha! takdela. tapi orang kate aku nampak kurus sket la. tapi bile pegi timbang berat badan.. same je 110KG. pelik kan? pelik tak? pelik rasanya.

well. aku tak kisah sangat pasal kurang makan ni sebenarnye. sebab aku nih gemuk. banyak lemak. byk tenaga yg tersimpan. so tak makan nasik seminggu adelah no hal bagi aku. mungkin sebab tuh aku pelik bile orang-orang sekeliling aku tak bertenaga bile bulan puasa tiba. adekah derang lemah iman atau aku yg kuat iman? sebab time bulan puasa la aku membuak2 nak main futsal, nak jogging, nak kuruskan badan, nak buat macam2. ke setan saje bisik kat aku sruh buat macam2 so aku tak pegi semayang tarawih?.. hmmm…

tapi aku rase lepas situasi diet aku tuh, aku rasa perut aku menjadi lebih kebal. haha! mase 3rd year. semester bukak. lepas aku register bilik. dapat bilik kat tingkat 4. serius malas nak turun cafe untuk makan. dan time tuh, UTP tengah menggila dengan CS dan DotA.. so aku tak kuar rumah selama 3 hari. tak makan. hanye minum air paip yg tak bertapis.lol. sebab tade org bawak kettle lagi time tuh. 4th day aku kene gastrik. lol. aku rase la kene gastrik. saket gile babeng perut aku. tapi aku tak gi klinik. hanye turun cafe untuk makan. then naik bilik untuk sambung main DotA. lol. then aku turun setiap hari utk makan. saket perut aku hanye tahan. selame 2 minggu. so minggu pertama mmg aku tak pegi kelas. lol. dan tak register kelas. register kelas last minit. hahahahaha! sume sebab game je. wtf! sejak hari tuh, aku tak pernah tak makan 3 hari berturut2..

kecuali time Ramadhan.
aku paling tak suka sahur. sebab aku tau masa bukak puasa nanti mesti makan banyak. kenyang sampai esok hari. tapi sahur tuh Sunnah. so kene la bangun minum air. masalahnye. bile dah bangun masuk dapur.. ade je la makanan yg aku nampak. yg aku nak mentekedarah. hish! aku kene diet roti kering semula la cenggini.

begitulah cerita biskut roti kering aku. walaupun di akhir article cerita dah menyimpang gile.

 

Weekend – update lagi

a lot of things happened this past weekend. ditched Friday night futsal. Arsenal held their third place (yeay for UCL next season). Liverpool lost (WTF) and got 8th placing. Man Utd kinda awesome yet carpet like new kit. Liverpool new really awesome kit. Arsenal’s kit is like so-so. haha. Ayah n Mama came home from Saudi. Adik’s graduation ceremony. Adik’s graduation (family) dinner. Adik’s new home interior design planning. Football cancellation. Johnny Depp’s Dark Shadows movie. doctor injected my butt with medicine. haha! allegedly won all my DotA games (for the 1st time ever). spent MYR2004 buying a new desktop (just to play Diablo3. hehe). need to buy a monitor. Went and failed an interesting job interview (iSucks!). forgot to browse Lily Collins fan page. bought new shirts.

many more things i wanted to share. to write. but i need to go home. and probably wont be updating this post anymore. so this is all that i could manage for this post. or maybe because i spent a lot of my time writing the ‘bla bla ‘bla’ post below. skang aku malas je.

bla bla bla

bla bla bla. what you seek from a foreign truth. not that it matters what you seek. but it matters what you tell. not the truth. nor it is the muttering. true. you believed in love. true. you seek fortune. i mean. who doesn’t? fortune is not money. fortune is wealth. wealth ~ will bring you to the top. wealth ~ will bring you health. wealth ~ will shine upon your crazy ideas. but it matters not what you seek. because it is something only you seek. it is not what i seek. yes. it matters what i seek. for myself. or for my other self. i muttered my foreign truth. i wished for my dispicable entity. now. does it matter what i told to hold? does it matters what i brag under the giant clay mold? no it does not. for nothing make sense. and nothing MADE sense. i vowed to my oath. i cursed my mockery. and i swore to my principles. that nothing worth more than it should have. forever to be everything. and eternally felt nothing. not a pint of clouds. not a week of shadows. but an age of a long dead centuries. crushed beneath the starry waters. flowing upon the wavy mountains. and whispering under your secluded mind. imagining most of my concerns. and little of your undying love. yes. it matters not what you seek. it matters the most for what i seek. bla bla bla.

i know! it doesnt add up. if you know how to add it up. here ~ use my calculator. for it calculates my imagination. and it can be equal to everything. from this distance to the very beginning of your past.

mr.E

Marriage?

dah brape blog, article, buku dan hape macam segale jenis source aku bace.. well.. maybe bukan sume.. tapi banyak jugak la..

koman-koman manusia akan menyatakan. CINTA antara lelaki and pompuan perlu wujud samade sebelum atau selepas kawen.

lepas aku bace nih. aku bertanye kepade diri sendiri. adekah aku hensem, kaya raya serta beriman? eh.. tak..
betul ke kene ade cinta untuk kawen? aku rase tak payah kot.. tade dlm rukun pun kata lelaki atau pompuan mesti berada dalam keadaan bercinta untuk kawin.

korang kalu nak kawen. takyah tunggu2 dowh! kawen je terus. kalau tak mampu beli, sewa, duk umah sendiri. duk je umah mak bapak. takyah malu2. tak salah langsung. serius! malah digalakkan duk umah mak bapak untuk jage mak bapak.

nih sume sebahagiannye salah org Yahudi ngn Nasrani la nih. sebab ini mmg care hidup derang.. dan sebahagian kesalahan lagi terletak pade tangan Muslim yg bodoh pegi ikut cara omputih ngn yahudi tuh.. sebuk nak bercinta bagai..

kalu time kawen tade perasaan cinta malah ade perasaan benci sekalipun. halal untuk korang kawen. sebab kawen nih bukan perihal perasaan pun. kawen ini perihal ikatan silaturrahim. dan penambahan Muslim di masa hadapan..

yg dah kawen pun. kalau benci antara satu same lain.. takyah bercerai dowh. well.. melainkan ia mendatangkn mudarat pade diri.. elok lah cerai. tapi kalau setakat benci. tido je la bilik lain. kalu rase nafsu membuak2. boleh je buat sex. halal. walaupun still membenci satu same lain. tapi still sex halal. tade la korang berzina ngn org lain. still boleh jage anak2.

cume kalau ade perasaan cinta tuh. environment tuh elok la sikit. but still sebuah perkahwinan itu tak sepatutnye diujudkan atas dasar cinta sesame manusia.

 

sebab ia adelah sebuah ibadah kan? so korang hanye perlu cinta pade Allah je. bile korang cintakan Tuhan. korang mintak je nak cinta laki/bini/anak korang. aku percaya mesti korang dapat. but these are bonuses. not main function of a marriage.

kan?

Bese bese je

The usual thing happened. futsal.. football.. wayang..

played futsal on Friday night..
played football on Saturday morning.. and Sunday morning..
won them all.. (hehe)

whole body suffered muscle aches, muscle cramps.. on Monday morning.. i cant even lift my legs. put a lot of effort walking from the living room to the kitchen. imagine the effort i put when i went to the toilet pulak. pergh! saket weh! lol.

watch the movie.. SAFE.. Jason Statham lah hero. (Monday evening, despite the muscle aches)
personally memula dia start jadi femes.. i hated Jason Statham.. yes.. hated his movies.. dia tak pandai berlakon. he likes to be featured as a hero with a car.. and his own fighting style.. but yeah.. all his movies since Transporter sucks big time. his movies were like.. Yuck! tapi aku tengok ramai jugak orang minat lakonan mamat nih. aku tak habis2 bangkang. Transporter 1,2,3 adelah movie paling ridiculous abad ini.

tapi aku rasa since Expendables kot.. or was it ada movie sebelum tuh. sape tah koreograf fighting scenes dia.. memang setelah Expendables.. mmg nampak fighting scene choreography dia dah berubah.. nampak real.. nampak awesome.. i had to admit.. mmg fighting scene dalam movie SAFE nih mmg awesome. takde lagi orang jahat buat bulatan(hero kat tgh2).. takde lagi fighting pause bagi chance untuk opponent bangun then tumbuk/tembak. fighting choreography movie nih mengingatkan aku pade cerita Jason Bourne.. menarik. no pause.. fast.. bloody.. clean.. DUSH! and KAPOW! terbaik.

its a movie about a Super Agent who acted as the shadow of a city. any big bad event that went down in the city must surely be his doing. but no one knows it except the mayor and the government. not even his colleague knows that he is a Super Agent. sume ingat dia polis bese je. sampai satu masa dia kene belot ngn di berhentikan keje.. seterusnye.. aku rase baik korang gi tengok wayang trus.

aku boleh samekan rating cerita nih ngn Jason Bourne.. mmg one of the best movies aku pernah tengok. twist jalan cerita dia pun menarik. macam tade satu saat pun aku rasa bosan dalam cerita nih.

Monday night lak.. aku gi try makan kat Restoran Subak. restoran mahal kat Kg Sungai Penchala. terletak atas bukit dan dalam hutan. exotic habis lah. baru lepas hujan. katu-katu melambak. aku try Black Cod Grill dia.. aku rasa kalau sos dia tak manis.. mungkin lagi sedap.. and their Tomato Bruschetta tak berapa sedap.. so no.. lepas nih tanak pegi lagi dah.

Ayah ngn mama sampai Malaysia, Khamis nih. hmm.. so aku dah tak boleh naik Honda lepas nih. kene send Satria gi workshop semula. hadui. Adik aku nak grad Ahad nih.. sebab tuh parents aku balik Malaysia. then mama akan tinggal sini sampai wedding adik aku tuh. Ayah balik Saudi hari Isnin depan. kesian dia. penat weh.

aku pulak ade interview ngn DHL Jumaat nih. gaji naik sket.. tapi keje sebulan 7 hari je! best gile kalau dapat keje nih. hahaha! aku akan dapatkan. InsyaAllah.

ok!

Mimpi

sebarkanlah mimpi-mimpi indah, diam-diamkan (simpan) mimpi yang buruk

Last Weekend – April 2012

hmm.. Avengers was awesome. cam bese aku pegi tengok sensorang. aku nak pegi tengok lagi skali la. sape nak join? aku blanje. jom laa. ok. tade sape nak join. huhu. awek pun tade. readers pun tade. aku call kawan2 pun tanak join. #loser #foreveralone

muvi LockOut. err.. boleh la.. Guy Pearce bukan hero type actor.. tapi dalam muvi tuh.. cara dia berlakon ada gaya cam John McClane (Die Hard) slash the actions. aku tak rase dia mampu jadi the new Bruce Willis.

Bersih 3.0 pulak. memula awesome. tapi last2. hmm.. melayu2 memang suke carik gaduh kalau derang duk dalam mob.. so dah mmg lumrah melayu pengecut suke bergaduh bile derang berada dalam mob. kalu sesorang. teloq pun tak nampak. konon tanak jadi cam orang BN. sume perangai cam BN jugak upenye. do they even know what a PEACE RALLY supposed to mean anyway? it doesnt matter if the police started it. u dont become one of them.. u dont be like them. that’s how you show that u’re enforcing changes. ceh!

we do NOT want to exchange BN for another BN-like traditions just because you feel like avenging all the years you spent feeling inferior to the current government. that’s the true message behind our PEACE RALLIES.. bile dah jadi superior, ko bully balik orang yg bully ko dulu? u become the bully? damn to your revenge.

that is not the teaching of Muhammad SAW. WE WANT A NEW CLEAN GOVERNMENT.

ah… nuff of that.. aku nak pegi Port Dickson.. amik gamba cantik2.. kalau dapat lah..

gerak!

shit aku baru buat stupid joke kat komen org lain.. tapi cam aku tak reti nak padam komen tuh.. okay stupid~stalker.. demn!