ayam double, mayonis kurang, tanak black pepper

aku agak benci mayonis.

selalu (err.. hari2) aku gi beli beger Ramly. mase tengah tunggu beger aku siap. mesti ade mamat datang dan mintak beger lebih mayonis. ini terjadi kat semua beger stand dalam Malaysia ni. kawan aku pun ramai yg suke mayonis. siap kalau ade mayonis tertumpah sikit kat burger wrap tuh, dia calit and jilat sampai licin. aku rasa dalam Malaysia nih, aku sorang je kot tak suka mayonis. err.. bukan la aku tak suke mayonis. tapi tak suka mayonis tu byk sgt. macam orang lain makan mayonis byk2.

camni bunyik order berger aku.

“bang. ayam double, mayonis kurang, tanak black pepper”.. dan aku paling tak suke berger special.

sebab berger special mesti lagi byk mayonis dia letak. walaupun aku kate mayonis kurang. kang nanti, kat atas berger dia letak mayonis, atas telur pun dia letak mayonis.

mayonis ngn telur nih sebenarnye menghalang rasa daging berger ayam or daging lembu daripada mempesonakan ruang2 rasa kat lidah aku. nanti kat dalam mulut penuh ngn rasa2 lain. padehal aku nak makan beger ayam tu. nak rasa kemanisan beger ayam Ramly yg terbaik tu. bukan nak rasa mayonis. or rasa telur. or rasa black pepper.. itu semua rasa sampingan yg tak best. semua tuh aku boleh rasa sendiri kat umah. yang paling penting tentang beger adelah patty beger itu sendiri. bukan rasa2 sampingan ia. dan aku paling tak suke kalau jenis makan beger sos melimpah-limpah. nanti makan beger rase sos je. pastuh sos melimpah2 kat tapak tangan. kalau makan kat dalam krete. nanti susah nak basuh tangan.

sayur pun jgn byk sgt.. banyak boleh.. tapi jgn byk sgt.. bawang takpe, sebab bawang crunchy n juicy. lol.

aku ingat lagi masa beli beger ayam harge seringgit je. sekarang. beger ayam RM2.50 wei. mahal nak mampus. tapi disebabkan sedap. aku terima.
alah.. penjual2 nih nak untung cepat. pastuh membazir. padehal kalau dia kurangkn letak mayonis.. sos jgn melimpah2.. sayur pun letak dalam lingkungan roti.. tak payah letak timun byk2.. tak payah letak buah tomato. tak payah letak nenas ape bagai.. sume tuh dah boleh menyumbang kepade keuntungan. letak semua pade kadar yg betul. so tade la nampak kedekut. tak jugak membazir.

ini semua research beb. sebab tu la McDonald’s, KFC, Carl’s Jr semua boleh untung banyak. ini semua sebab portion perasa2 sampingan yg derang letak dalam beger derang adelah stabil.. atau balanced. cube ko pegi McDonald’s dan beli Beef Burger sahaja. ko akan lihat.. sos dia ckup2 atas berger dalam lingkungan roti. tak melimpah pun. ko makan itu je dah ckup sedap. zaman dedulu derang letak mustard sket, aku suke. tapi sekarang dah tak letak dah. sekarang leh nampak derang letak lebih garam ngn pepper atas daging tuh. kire ganti mustard tuh la.

dan sebab tuh la aku slalu mintak “ayam double mayonis kurang, tanak black pepper”.. sebab mayonis ngn black pepper tuh la yg merosakkan rase beger dan membuatkan sos melimpah-limpah.

tapi papehal pun. mmg beger Ramly adelah yg terbaik dalam dunia. aku bercadang nak bukak restoren satu hari nanti. bukan beger stand.. tapi restoren yg jual beger Ramly. insyaAllah. dan aku bukak siang je. sebab berger sepatutnye makan time siang. pagi or lunch.. beger nih adelah sandwich. sandwich tak seswai makan untuk dinner.

About ururu5

I practice Islam, total One Piece fan.. and L'Arc-en-Ciel.. and Arsenal.. and PAS.. and.. im single.. or am i? N.E.S. tolong confirm kan.. I'm left-handed..

Posted on 10th October, 2012, in food, junk food and tagged . Bookmark the permalink. Leave a comment.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: