Celoteh pagi Jumaat by BCI

BCI stands for Baharom Che Isa.. and my name is AHBCI.. hehe. Abdul Halim Baharom Che Isa. he taught me. “Ilmu itu Allah yang punye! dan Dia bagi ilmu pada manusia” – knowledge belongs to God and He gave it to us humans. so Knowledge is Free. and it belongs to us all. sebab tu aku tak letak copyrights untuk segala yg aku share.

this is an email i got from my dad. he published his own writings to his friends and families so that they will know how he thinks and what truth accompanying his thoughts. i know this is his writings and not copied from others because he’s been repeating the same thing about misconception of ‘Orang Islam’ and ‘Melayu yg Mengaku Islam’ for over a decade now. he is not an ustaz or anything. but he is a good Muslim who likes to read. especially the Holy Bible of al-Qur’an. and if u have a mind for it. i implore you to

stay a while, and listen
-deckard cain-

read it slowly. there may be some sentences that need thorough understanding before you continue reading the next line. its quite long, but it is a good read. if u dont understand anything. you can ask me. i’ll have the answers ready. insyaAllah.

Salam semua rakan2.

Dilampirkan satu komen dari Dr Dzukifly Ahmad – link disini.
http://bm.harakahdaily.net/index.php/columnist/dr-dzulkefly-ahmad/13988-memang-dap-lebih-baik-dari-umno

Lama dah dok fikir2 perkara yang sama.

Mengapakah ada sesetengah orang melayu terlalu sensitif dengan komen yang di hadapkan kepada mereka apabila disindirkan umpama ada golongan bukan melayu lebih baik dari melayu. Bila terjadi keadaan begini, selalunya orang melayu tersebut akan menyanggah dgn ungkapan “adakah orang bukan Islam lebik baik dari orang Islam?”. Kononnya orang melayu tu Allah sudah kurniakan Islamnya secara otomatis walaupun dengan jelas kejahilan, kesombongan, kejahatan, kezaliman dan kekafiran yang diperlakukan. Orang bukan melayu pula yang sesetengahnya menunjukkan kehalusan, keperihatinan, keadilan dan kehormatan akan tetap dianggap KAFIR walaupun perlakuan mereka menunjukkan penuh dengan intipati Islam.

Dr. Dzulkifly memberikan contoh seperti didalam article yg dilampir:
“Sehubungan perkara ini saya suka mengungkapkan apa yang disebutkan oleh Imam Ibn Taimiyymah: (InnalLaha yansuru daulatun ‘Adilah, walau kaanat Kafirah, wa inkaanat Kafirah, wa La yansuru daulatun Zolimah, wa lau kanat Mukminah) “Allah membantu negara Adil, walaupun Kafir, dan Allah tidak membantu negara zalim walaupun mukmin”.

Kita mesti faham bahawa dari segi fitrahnya Islam adalah keseluruhan ciptaan Allah dan ini selain manusia termasuklah binatang2, batu2, tumbuhan serta lain2. Ini kerana semuanya datang dari Allah dan dimaktubkan sedikit sebanyak didalam alquran. Iman adalah target yang perlu dicapai untuk mendapatkan keredhaan Allah. Seperti apabila sekumpulan orang badwi datang kepada Rasulullah SAWS dan mengishtiharkan bahawa mereka beriman, Allah mewahyukan kepada Nabi SAWS supaya mengatakan mereka cuma Muslim kerana iman belum lagi menyerap kedalam hati mereka (surah al-hujurat). Iman dihati kitalah ciri yang membuatkan kita membezakan diantara keadilan, kehormatan dan kebaikan dengan kezaliman, kesombongan dan kejahatan.

Allah berfirman: Sesungguhnya mereka yang beriman kemudian kufur, kemudian beriman (semula), kemudian kufur dan bertambahlah kekufurannya …. (surah al-kahfi). Maknanya disini, seseorang itu menjadi KAFIR setelah beriman dan bukannya dari keturunannya. Samalah juga dgn Islam dan Iman bukan terletak diatas keturunan seseorang mahupun perlembagaan malaysia.
Ada juga khilaf pendapat ulama’ tentang samada lafazan shahadah menentukan keislaman seseorang seperti yg kita pelajari. Diingatkan dimana Iman Ibn Taymiyyah memberi fatwa orang mukmin boleh memerangi penjajah mongol walhal orang2 mongol sudah pun memeluk Islam (lafaz shahadah lah gamaknya) tetapi tidak berkelakuan seperti orang Islam. Disini kita kenalah berfikir sejenak tentang persamaan yang ada dikalangan kita. Ini adalah berbeza dengan peperangan diantara Ali bin Abi Talib dan Mu’awiyyah bin Sufyan dimana didalam alquran telah di naba’kan pertembungan diantara dua kumpulan dan kedua2nya adalah benar.

Orang bukan Islam yang kita senang2 melabelkan KAFIR pula. Adakah mereka kafir atau pun JAHIL? Sebab itulah Allah memerintahkan kita berda’wah supaya mengajak semua kepada jalan Allah dengan hikmah, senario yg baik dan jika berbalah dengan mereka, juga dengan cara yang baik. Mereka juga seperti kita, takut kepada benda yang baru. Didalam alquran banyak memberi cerita2 kaum yang kafir berpegang kepada ajaran datuk-moyang mereka. Allah hanya membinasakan mereka apabila semua da’wah ditolak sekeras2nya dan mereka memusuhi, menzalimi dan membunuh orang2 yg beriman.
Allah berfirman: Telah Kami (Allah) jelaskan didalam alquran ini semua bentuk perumpamaan (tetapi) kebanyakan manusia ini suka berbalah. Surah alkahfi.

Hendak dibangkitkan disini bahawa kita orang melayu pun terikut juga dengan ajaran orang tua2 kita yang ada sesetengahnya jahil juga dalam Islam dan kita akan mengikut apa yang diperkatakan tanpa usul periksa seperti “maaf datuk cucu nak lalu” & sebagainya. Banyaklah juga ustaz2 yang mengajar kita yang masih berpegang kepada unsur2 yang bukan dari Islam. Pernah saya mendengar soal-jawab agama IKIM dimana bila ditanya adakah siput babi itu haram dan jawapan diberi semua benda yang bernama babi adalah haram. Walaupun kita tak makan siput babi, tahu ke ustaz tu siput babi dalam bahasa lain takde nama babi? Pernah saya menegur seorang Imam yang mengajar dimasjid tentang batalnya puasa apabila memasukkan sesuatu kedalam rongga. Contoh yang diberi apabila seseorang buang air besar dan terjadi kejadian yang terkeluar tu masuk balik, batal puasa nya!!! Astaghfirullahalazim.

Jadi kesimpulannya, janganlah kita orang Islam dari segi perlembagaan malaysia menganggap apa yang keluar dari mulut kita dan kelakuan kita itu semuanya selari dengan Islam dan orang yang kita labelkan kafir pulak langsung tidak mempunyai Islam. Itu kan semuanya dari Allah. Ada hadith yang dipetik dari Abu Hurairah yang menceritakan bagaimana Allah menghantar Iblis untuk mengajar manusia tentang fadhilat ayatulkursiy. Semua makhluk Allah samada yang Mukmin, Muslim dan kafir tidak akan terlepas dari apa yang Allah telah tentukan. Jadi kita fikirkan lah.

Allah berfirman: Wahai orang2 beriman tegakkan keadilan dengan bersaksikan Allah. Janganlah kerana kamu bencikan satu2 kaum itu kamu tidak berlaku adil. Berlaku adil lah kerana itu adalah lebih dekat dengan taqwa. Bertaqwalah kepada Allah. Sensungguhnya Allah mengetahui apa yang kamu kerjakan. Surah Al-Maidah.

Anggaplah mereka yang belum Islam sebagai suadara dan rakan2 kita yang sakit dan memerlukan pertolongan. Kerana mereka ini seperti yang Nabi Isa AS sebutkan sebagai “prodigal son”. Yakni anak yang liar yang ingin mengembara keliling dunia kemudian ingin kembali kerumah. Takkan kita nak halau dia pulak kan?

Astaghfirullah li wa lakum
Wassalamualaikum wa rahmatullah wa barakatuh

sedarlah. hanye orang Islam yg boleh jadi kafir. orang yg tidak mengetahui apa2 tentang Islam itu adelah orang jahil. so patut ke cina/india/omputih itu dipanggil Kafir?

About ururu5

I practice Islam, total One Piece fan.. and L'Arc-en-Ciel.. and Arsenal.. and PAS.. and.. im single.. or am i? N.E.S. tolong confirm kan.. I'm left-handed..

Posted on 19th October, 2012, in family, Perspectives, Religion. Bookmark the permalink. Leave a comment.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: