Monthly Archives: November 2012

Besar gile rumah Ayah

“Assalamualaikum”. tade orang bagi jawapan. aku terus turn off alarm rumah.

“besar gile rumah Ayah”
itu je yg aku pikir masa aku masuk umah lepas balik dari keje semalam. tade sape kat umah. adik bongsu aku kat kampus, adik pompuan aku dah duduk Ampang, abang aku dah lama pindah Sentul, Bapak aku pulak keje kat Saudi, Mak aku kene la teman n jage Bapak aku kat Saudi nun. so tinggallah aku sorang kene jage(konon) umah Bapak aku kat Sungai Buloh nih.
“besar gile rumah Ayah”, aku pikir lepas habis minum susu segar yg aku beli 2 hari lepas.

aku naik bilik aku untuk mandi, tukar baju, sembahyang, godek2 internet, pastuh main game sedas dua. sejak aku beli desktop baru nih, jarang aku bukak TV kat bawah. lagipun decoder rosak, bole tengok satu cenel je. haha. melekat HBO sampai aku rasa rajin nak call ASTRO utk repair or ganti decoder tu. which aku mmg malas nak call pun. tengok lah nanti. so aku surf tenet. bile masuk je Yahoo. ternampak dlm list Yahoo News, orang buat prank hantu dalam lif. kene tengok kat youtube. prank dia cenggini. orang masuk lif tipu. bile pintu lif tertutup. lif bergegar macam tengah naik. padehal lif duk diam je. then lampu terpadam and ade budak rambut panjang pakai baju putih ngn mekap muke pucat masuk melalui pintu rahsia dan berdiri kat hujung lif. then lampu on semula. orang yg kene prank mmg la takut. “kelakar jugak”.

then aku terpikir. kalau terjadi kat aku. adekah aku berani nak selak skirt hantu kalau betul terkene kat aku. ye la. logik la. kalau bukan hantu, nanti dia marah la aku. so aku tau la itu prank. tapi kalau jin betul2 pun. bukan dia boleh makan aku pun. so buat hape aku nak takut sangat pun. well. mintak2 tade la kene kacau ngn jin. stress pulak hidup aku kang kalau kene kacau ngn jin.

pastuh aku tengok ke luar tingkap bilik aku. tingkap bilik menghala belakang rumah. belakang umah aku tade pape. hanye hutan. “gelap nak mati”, aku pikir. well. tingkap umah aku tinted. haha. dan langsir aku biar terbukak sebab malas nak bukak tutup. lagipun convinient sikit. sebab bile matahari naik setiap pagi. cahaya terus masuk dan aku terus terbangun. setiap kali aku tengok tingkap tu memalam buta. mesti aku terbayang ade mate yg tengah memandang disebalik tingkap. i mean. bukan orang skodeng. hahaha. kalau ade orang skodeng aku. aku pun geli nak tengok dia. apehal nak skodeng orang gemuk tak pakai baju? tapi kalau hantu yg skodeng. aku rase biar je la. menatang tu skodeng je. tak buat pape pun kat aku. bukan aku nampak dia pun. so win-win situation la. huk aloh. aku fokus kat kegelapan luar tingkap. nampak bayang pokok yg lagi gelap. “gelap nak mati”, aku pikir lagi skali. dan aku sambung tengok youtube.

lepas 4-5 jam main komputer. rasa haus semula. aku turun ke dapur. minum air kosong 2 gelas. then tutup semua lampu kat bawah. kecuali yg kat tangga sebab aku nak naik tangga jap lagi. then pasang alarm rumah. bile alarm rumah dah on. aku pusing tengok ruang tamu ngn ruang makan. gelap. sunyi. besar. “besar gile rumah nih”, aku pikir. dan aku terus naik bilik dan siap2 nak tido. aku masuk bilik. tutup 2 suis lampu (bilik aku ade 3 suis lampu). aku terpikir, “demn, besar pulak bilik aku nih”. bilik aku dulu di share 3 org. aku, Abang aku ngn Adik Bongsu aku. sorang satu katil. besar kan? aku tengok luar tingkap. set alarm nak bangun pagi esok. turn off pc. capai buku yang nak dibace dan baring atas katil.

RRRRRRRRRRIIIIIIIIIIIIIIIIIIIIIIIIGGGGGGGGGGGGGGG!!!! “aarggh!” (keletap!!) aku turn off alarm. dah pukul 6 pagi. sembahyang subuh and sambung tido balik. haha! aku tak tau kenapa, tapi tepat jam 8 pagi mesti aku terbangun semula. tanpa alarm. mungkin sebab cahaya matahari yg masuk. that’s why aku tak tutup langsir. hehe. mandi, gosok baju, bukak tenet. kul 9 baru keluar rumah. aku keje di KL dan keje start kul 9. heheheheheheheheheh.

oh! ini rutin harian aku dari Isnin until Khamis. seb baik Jumaat ade futsal. wiken aku selalu keluar. adik beradik aku jarang balik rumah. kitorang hanye bersama kalau ada pape special occasion je. cam befday aku ke, befday adik aku ke.. or aku jemput makan olio kat umah ke. well. not that kitorang rapat cam adik bradik lain. we’re not really fond of each other pun. bile adik-bradik aku sampai umah, seko2 terperap dalam bilik memasing (yg dah kawen ade bilik sendiri la) melekat depan komputer jugak. aku pun. haha.

kalau tak, kembali kepada rutin harian aku.
oh! kalau dah sampai umah. aku malas makan. lagi2 kalau tade orang masak. haha.

kene cepat carik awek or bini. or just tunggu Ayah ngn Mama balik dari Saudi (dont know when)……………… mesti la nak option pertama……… mak bapak aku pun nak halau aku jugak. “bile la nih?”.

YEAH!!

YES!!! She’s single!!! yes yes!

Dont Mind Me

Rise of the Guardians was interesting. its about mythical guardians; Santa, Tooth Fairy, Easter Bunny and the Sandman, formed up a group call the Avengers; an alliance set up by the Man on the Moon.. or short for SHIELD. and their main objective is to ward off the evil BoogeyMan aka Loki. or something like that. but they cant really ward the Boogeyman off.. so they need the help of a new guardian. so The Man on The Moon appointed a new guardian, Jack Frost, to help the other guardians to repel the Boogeyman’s plan to conquer the world with darkness.

i know. this movie was meant to be watched by children. but hey. i bought and i watched. so it was an interesting movie. with interesting graphics. not like that War of the World – Goliath. WOTW-G should be released 10 years ago at least. not now. now is the time of great graphics. not stupid cartoon where they only shoot one laser beam at a time. and show a Malay Prince fighting aliens with keris. man! that movie sucks.

but u know what. i think Rise of The Guardians had another goal. and that is to introduce Jack Frost as another mythical being. we never heard of Jack Frost. well, because old people never tell about any mythical being called Jack Frost. it never existed. not myth nor legend. or am i wrong. mungkin aku kene google mende nih. malas ar. but hey. old people dont tell legends or myth anymore. they stopped believing in ghost. so they see no ghost. they dont tell anyone anything about ghost. if they’re not sure about what they saw. they just go see the doctors or shrink or google about it. instead of shouting at everyone, “a new ghost came out. a new ghost came out!”. mythical stories are just stories created by the olden people, centuries ago, to entertain anyone hearing them. that’s all. there were no TVs in the year 1000. some stories might be accounted from real experience. but hey, myth is still myth. nothing more. children from the past brought that old myth stories to their children and their grandchildren. until one time. HDTV and IPTV was created. and the myth died.
nowadays, the one thing children will listen to is the movie. so children might actually believe that a new guardian called Jack Frost had risen. maybe a new holiday would come out from America to uphold Jack Frost, the Guardian of Winter or something… call it Frost Day or something. lol.

stayed home last weekend. except only for when i watched the movie. i went to the cinema like at 8 and went back home at 11.. i only went to The Curve for an animated movie. haha.

oh. i sent my Surat Rayuan to PKNS today. that’s all im gonna say. no need to know what Surat Rayuan it was.

and this morning, i got a delightful message. lol. i subscribed to McDonald’s latest info subscription. so this morning, they informed me that Prosperity Burger is back. so i had my lunch at Mcdonald’s today. hehe. boikot hape? mane ade haku boikot.

now. its 7.05pm and im still in the office. got lotsa work to do. hish! kene siapkan cepat.

oh! i found 2 interesting songs. and i’ve been playing it again and again in my iPod for 5 days now. its an old song. which i never bothered finding or never heard of before. first is from Michael Jackson – You Are My Life and the second is by Younha – Kaze .its a Japanese song sang by my favorite most cute Korean seiyuu, Younha. tho i hate K-Pop, Younha is not a K-Pop artist only.. she’s also a J-Pop artist. so i like her when she sings Japanese songs. more over, she’s very cute and she’s not plastic. i mean, she never had a plastic surgery to enhance cuteness. she’s just cute ok. this fact is proven. heh heh.

ok. that’s all folks. err.. me.

oh oh oh! i forgot.. one more thing. Raymond E. Feist’s A Crown Imperiled is OUT!!!! bought it yesterday!!!!! go and get it at Kinokuniya or Borders!!

Author: Raymond E. Fiest

taktau la kenapa ade dua ‘L” on Imperiled, kat buku nih. maybe ini macam perbezaan British English ngn American English kot.. or maybe publisher dia dari Britain or Amerika.. ape ape la. asalkan cerita sama.

Boikot?

penuh ngn permintaan boikot barangan yahudi kat email ngn facebook aku sekarang. rimas aku.

aku nak cerita konsep boikot pulak. nak boikot nih perlu commitment jangka panjang. kalau setakat boikot McD satu dua hari je. or even sebulan, 2 bulan je pun. itu tak dipanggil boikot langsung.

kalau ko boikot barang yahudi zionis hari ni. bukan bermakna yahudi akan berhenti menyerang orang Palestin tu hari ni atau hari esok. malah tak bermakna derang akan berhenti menyerang Palestin dalam lingkungan 5 tahun.. lame tak? ini pun KALAU SEMUA (sorang pun tak terlepas dari boikot) orang Islam berjaya boikot barangan yahudi selama 5 tahun. tapi mungkin dalam 5 tahun, habis dah sedara kite kat Palestin semua dah mati (mungkin). aku bukan mintak. tapi nih nak cerita pasal probabilities.

like i said before. kite kene boikot sampai McD tutup. baru lah dikire boikot itu berjaya. kalau McD masih open kat Malaysia. maknenye tak bermakne ko boikot McD. tapi ni la masalahnye. kalau semua orang Islam di Malaysia boikot McD start hari nih. mampu ke kite membuatkan McD rugi dalam masa sehari? mampu ke kite buat McD rugi dalam masa sebulan? mampu ke kite buat McD rugi dalam masa setahun.. even 10 tahun pun aku rasa McD Malaysia takkan tutup. malah profit dia hanye akan jatuh sikit je. by which they will still have to pay fees to the Franchisor of McD in USA. and McD USA will still have profits from the annual fees paid to them by all their franchisee all over the world. which also means, their Jew Owners can donate some of their profits to help the zionist to kill Palestinians.

faham tak? takde gunanye ko start boikot setakat 2-3 bulan pun kalau McD punya profit jatuh 20%.. then melambung semula lepas 2-3 bulan.. even if profit derang jatuh 50% to 90%.. they still have 10% profit.. in which they can use to maintain their business for maybe another few years.

ini baru McD alone. tak masuk product-product lain. Coca Cola. Starbucks. Levi’s, Tesco.. macam2 lagi.

so buat hape ko boikot. boikot was never a good option. unless u’re determined to boycott their product for life. tapi itu pun tak menolong jugak. sebab everyday, ramai budak2 kecik membesar yg mahu cube mengenali produk2 yahudi ni. kalau ko sorang berjaya boikot McD for life. ada 2 JUTA budak skolah DALAM MASA SEHARI JE..baru nak belajar makan MCD dan rasa sedapnye McD. like i said.. ini tak termasuk Coke, Starbucks, ke hape sume tuh.

so boikot bukan solution dia. boikot ini adalah solution untuk NON-MUSLIMS. tapi MUSLIMS ade solution sendiri.

solution dia tak pernah berubah. solution dia termaktub dalam al-Qur’an. MALAH SOLUTION DIA ALLAH SENDIRI YANG BAGI DAN DISAMPAI KAN OLEH BAGINDA RASULULLAH. cume kite tak pernah berusaha nak capai solution tu je.

Jangan Tinggal Solat. Solat Berjemaah di Masjid. PENUHI RUKUN ISLAM.
itu je solution dia. it always goes back to the root kan?.. RUKUN ISLAM.

well.. jap. aku tak pasti sebenarnye. heheh. aku tak jumpe lagi hadith or ayat sebenarnye yang relatekan perkara solat menjadikan yahudi gerun ni. tapi adelah aku jumpe bacaan ni dari semasa ke semasa. yang buat aku percaya semua ni sebab org2 Islam ni lebih kuat, lebih rapat bile solat berjemaah. bukan jadi penakut dengan hanye boikot produk yahudi. tapi akan lebih berani bersuara. lebih berani nak perangi zionis. yang nih aku google tadi:

http://www.szlihin.com/2012/04/islam-akan-menang-jika-jemaah-solat.html

http://ustazlah.blogspot.com/2011/07/yahudi-takkan-kalah-selagi-subuh-tak.html

ps: aku tulis ni bukan sebab aku suke makan Prosperity Burger, Chicken McNugget ngn Sausage McMuffin. hehe. tapi ye. aku suke 3 makanan tersebut. hehehe.

PAHAM LA SKET APE ITU FRANCHISE!

orang yang tak paham konsep franchise pastuh sokong McD Malaysia buat statement “kami tak menyalurkan bantuan kepada Israel”

sape yg paham konsep franchise mesti dah boikot McD dan mane2 franchise yahudi dalam dunia nih..

memang la McDonald’s Malaysia tak menyalurkan bantuan kepada Israel SECARA TERUS.. masalahnye! McD Malaysia bayar FEES!! setiap TAHUN (or setiap bulan.. tak pasti) untuk jadi franchisee McD.. mesti la fees ni boleh membuatkan Franchiser yahudi kat Amerika tuh dapat profit.. kalau tak dapat profit.. buat hape dia franchise kan McD. bangang!
dan sebahagian profit nih la dihantar oleh franchiser amerika nun kepada Israel..
so secara tak langsungnye.. franchisee kat malaysia telah menolong franchiser kat amerika utk dapat keuntungan.. dan sebahagian keuntungan disalurkan ke dana Israel..

TUJUAN KITE BOIKOT BARANGAN YAHUDI ZIONIS ADELAH SEBAB NAK MENUTUP FRANCHISE YAHUDI ZIONIS DI MALAYSIA.. bukan nak kacau kewangan dia selame SEBULAN JE. kalau dah tutup franchise dia.. kite pun tak boleh la dikatekan menolong Israel lagi dah..

dah ekau melantak Starbucks, McD.. pakai Jeans Levi’s.. shoppping kat TESCO hari2.. itu namenye ko menolong ZIONIS membunuh orang Palestin..

SO KESIMPULAN SEBENARNYE.. KO LA YANG MEMBUNUH SEDARE ISLAM KO KAT PALESTIN TU!!!!
demn.. aku pun!

Demotivation..

urgh! i am demotivated. sume kawan2 dah kawen. its not that aku frust sebab belum kawen. tapi aku frust sebab dah takleh ajak kawan2 lepak bile2 mase yg aku rase nak lepak. pastuh kalau nak buat aktiviti. tinggal aku sorang je. jalan sorang2. tengok bola sorang2. pegi rock concert sorang2. nak ajak kawan2 pegi mandi sungai pun takleh. sume baru kawen or baru dapat anak. nak jaga anak. nak jaga bini tgh pantang. nak hanimun. nak lawat(jaga hati) mertua time wiken.

well. bukan la aku mintak derang jage aku skali. aku tak mintak derang tinggalkan obligation derang pun. sebab tuh la aku tak ajak derang pegi mandi sungai pun. aku tak ajak lepak pun.

but well. aku still cant help feeling depressed. ye la. rasa kehilangan wei. kene carik kawan baru. kene carik awek. tapi mane nak dapat kawan2 skang. kawan2 dapat time skolah dulu. skang nih kawan2 keje pun sume dah kawen, ada obligation derang sendiri. nak carik awek lagi susah. takkan nak tunggu aku kurus baru nak dpt awek. awek takleh terima ke aku yg gemuk dan sihat ni. aku gemuk tapi sihat ok.. bukan sihat yang gemuk. tapi sihat yang sihat. benar-benar sihat. sihat tubuh badan. minum milo anda jadi sihat dan kuat. kementerian kesihatan. punye sihat.
walaupun gemuk. demn.

ade sorang awek nih. aku cube ngorat. tapi dia kate dia tanak bagi ‘false hope’. lol. erti kate lain. aku dah kene reject la. stil aku tak view it as kene reject. walaupun aku tau itu cara baik dia reject aku. but the thing is. aku tanak berputus asa. aku nak cube lagi. cume masalah terbesar aku. aku takde idea. aku taktau nak buat ape. lagi2 bile ajak awek keluar nih mmg bukan cara aku. aku serius tanak ajak awek keluar. walau nak try sekali pun aku tanak. itu bukan cara aku. malah bukan cara Islam pun. well. mmg la kekadang aku bermimpi dapat gi dating cam couple2 di luar sane. tapi no.. selagi dia bukan isteri aku. selagi tu aku takkan berusaha utk memberi dosa pade bapak dia. haish! (ye la dosa anak pompuan, bapak yg tanggung sampai la anak pompuan tu kawen. then suami dia pulak yg tanggung dosa dia)

aku bukan la depress tade awek. cume depress la tade kawan2 nak buat aktiviti same-same sane sini. dlm otak aku nih macam2 mende aku nak buat. white water rafting, gi Thailand, Bandung, Bali, gi panjat Gunung Nuang or Broga, gi main gokart, main paintball, jalan2 pi Legoland, pi Singapore, pegi Mabul, pegi Maldives, gi World Cup Brazil, gi New Zealand, skydiving, petik strawberi, banyak lagi weh mende nak buat. pastuh nak gi amik gamba. kalau aku gi sorang2. sape nak jadi model aku? amik gamba scenery je pun bosan jugak. nak la jugak amik gamba gelagat orang. amik gamba kawan2 berdiri depan zirapah. mintak kakak cleaner tolong amik gamba kite ramai2. pape lah.

nak carik kawan2 student. derang lak tanak kawan ngn aku. aku dah la tua huduh dan gemuk (tapi sihat). apehal nak kawan ngn org tua. ye la. baik carik kawan2 yang beautiful, young and strong kan? oh youth. how i envy youth.

tengok. tade sape nak teman aku pegi jepun. kamon la. someone out there. there must be someone yang nak pegi Jepun. meh teman aku. tapi tiket kene bayar sendiri. hahaa..
gile kau nak aku blanje. pegi Jepun nih aku bajet habis RM10,000 untuk aku sorang je. walaupun pegi 5 hari je. aku dah la kesempitan wang (lama tak sebut ‘wang’) sekarang nih. lepas beli tiket pegi Jepun. makin kesempitan wang aku.

ade hape problem la pulak ngn pembelian umah kat Shah Alam nun. buat masalah je. ##$$% betul la! hadui. kene kuar wang lagi. hadui hadui!

buat aku rasa re-demotivated lagi ade la. kene buat pre-re-motivation planning.

come. be my friend and we’ll conquer anything we want to. even the universe.

Sabtu 10/11/12

sebenarnye pc aku rosak minggu nih. Windows 7 crashed. Blue Screen masa Windows loading page. so seminggu aku tak dpt bukak tenet kat umah. tapi bagus jugak sebab aku amik peluang nih bace buku yg aku baru beli. interesting. new publication kat mesia.. Throne of Glass. tak ingat author dia sape. buku tade kat aku skang. semalam aku kuar.. mase balik, tertinggal buku dlm krete. so aku malas nak gi amik. nanti breakfast kang. aku gi la amik.

aku kuar semalam gi repair Windows 7 nih la. mane tah pegi Windows installer aku. aku lupe. so senang cerite. aku bawak gi lowyat je terus. sambil2 tu, aku upgrade harddisk aku tambah 2TB lagi.. skang dah 3TB la. nice. skang aku tgh blur taktau nak simpan ape. 1TB pun belum penuh dah upgrade jadi 3TB.. lol.

org yg service (re-image) pc aku semalam siap ingat aku tak pandai pape pasal pc gamaknye. sebab masa dia scandisk pc aku gune bootable USB mini XP dia. dia cakap kat aku ngn nada yg agak berlagak, “lepas nih mesti sudah ok, tak payah re-image”.. aku pun terkejut. scandisk je dah ok, kalau windows bluescreen? walaupun aku dah scandisk, buat recovery sume hape jadah la sebelum nih dan mmg tak jadi pape (aku lupe yg sebab tuh aku decided utk re-image.. eheh). bile windows bluescreen lagi skali. dia senyap. pastuh dia kata
“format la” (re-image la tu maknenye)
haha. dlm hati aku gelak.
“ok”
so aku kene charge RM35 untuk service dan RM298 utk 2TB WD Harddisk.

then aku letak CPU aku kat dlm krete. pastuh gi jenjalan kat Times Square. serius bosan. awek comel pun kurang. awek paling comel yg keje kat Borders mase last aku dtg Times Square pun tade. aku berjanji pade diri sendiri kalau aku jumpe dia lagi skali aku akan mintak no tepon dia. tapi dia cam dah tak keje situ lagi dah. so… aaah! and i was so hoping for it. Times Square penuh ngn budak2. demn!

which made me think of something else. project MRT yg akan sampai ke Sg Buloh melalui The Curve tuh nanti.. akan membawa wave of budak2 skolah to The Curve. nanti akan jadi cam Times Square, Mid Valley, Pavilion.. penuh ngn bangla, indon, budak2 skolah.. serius tak best. saket mate. sekarang nih, ramai awek2 lawa je kat The Curve. bile MRT tuh siap kang.. kurang la awek lawa datang. demn!

lepas jalan2 kat Times Square, mak aku call kate dinner kat Iran.. hahaaaa! power dowh! naik flight pegi Iran utk dinner saje. hahaha! tade la. ade satu restoren Iran kat AmpWalk, Jalan Ampang nih. restoren Iran favorite family aku. tempat dia tak berapa dikenali. makanan dia sedap2. pastuh portion dia besar. ko penah gi restoren ar-Rawsha? sedap tak? kedai Iran favorite kitorang nih.. 173 kali gande lagi sedap. harga same je kot.

tapi aku pelik la ar-rawsha tu.. dah la kedai arab. kalau ko pegi Arab Saudi. kedai nasik arab dia sume sedap2.. nasik arab dia (nasik + ayam/kambing) mesti lembut, moist.. tapi ar-rawsha yg kat Kg Pandan tuh tak best pun. dah la kering je. tiap kali suap nak teguk air. susah nak makan. tapi orang penuh je datang.

pastuh aku balik. dan test pc aku. windows loaded. and tadaaaa… sume ok. aku cepat2 install driver utk wireless adapter aku.. and wallah.. dah ade internet.. aku bukak email. bace sket2 news. tengok youtube Nurul Izzah punye statement. terus aku tulis entry baru ‘Non-Malays vs Non-Muslims. same ke?

restart pc aku sebab nak update windows. pastuh trus tido. penat gile aku rasa. tapi lepas Subuh tadi, aku rase segar pulak. so aku sambung bukak tenet.

Non-Malays vs Non-Muslims. same ke?

senang gile nak tau sape yg liberal nih..
dia tulis Islam as ‘islam’ and Allah as ‘allah’..

nama Allah dia tulis kecik.. well.. mmg la orang paham tu name Tuhan.. tapi itu nama TUHAN kot.. bukan nama PM.. name najib dia tulis Dato Seri Najib or name mahathir dia tulis besar2 TUN Mahathir.. nama Tuhan dia tulis ‘allah’ je? tade effort pun nak tunjuk respect kat Tuhan.. walau satu capital letter je.. dah la name TUHAN.. ya Tuhan..

and they barked to people who actually love Allah as penghina Islam? ade satu blog nih.. dia siap ade gamba minum arak lagi.. click fb badge dia, religion: Islam.. pastuh latest entry dalam blog dia tuduh Nurul Izzah hina Islam.. wahahahahaha!

nah aku bagi youtube link.. susah gile nak paham.. aku kene replay byk kali nak paham satu-satu.. tapi yg aku pasti.. sesungguhnye. aku sokong statement Nurul Izzah..
sebab just like me.. she NEVER viewed Melayu as Islam. MELAYU SEMEMANGNYE BUKAN ISLAM.. a Muslim can be Malay but a Malay may not actually be a Muslim. I have had some privileges of knowing some Non-Muslim Malays in KL and another currently living in Brunei (dia kawin ngn org Kristian Brunei.. dia ngaku tak pernah mendapat ajaran Islam langsung.. cume dia kata mak bapak dia mengaku Islam.. itu je)
well.. kalau ko nak tengok melayu bukan Islam.. senang je.. gi The Curve, derang minum arak terang2 kat Laundry Bar. boleh nampak ngn mate kepale sendiri. nak lagi senang? ko download Melayu 3gp.. lol. yet when asked, they’ll say ‘saya org Islam’ (or letak dlm IC: Islam).. by Allah, they are the ones that INSULTS Islam.. fuckers arent Muslims.

in this youtube.. you’ll notice that the 2nd lady asked specifically if it also applies to MALAYS.. minit 12:11.. Nurul Izzah confirmed that it does not only applies to NON-MALAYS. dia tak sebut pun applies to NON-Muslims.. and she continued, “in the Qur’an, there’s no specific term FOR THE MALAYS, ‘this is how it should be done'”.. memang tak disebut langsung Melayu dalam al-Qur’an. sape berani sangkal?

just like the Arabs! ekau ingat semua orang Arab adalah orang Islam? hahaaha! ko tak pernah pegi Arab..

did u know Indonesia adalah negara paling padat DALAM DUNIA dengan orang Islam? dan kite tau Indonesia ade ramai kristian ngn hindu.. itu negara paling padat ngn orang Islam.. negara Arab adelah ke-2 paling padat ngn org Islam.. bayangkan brape percentage Arab bukan Islam kat Arab itu sendiri? kalau Arab pun ade yg bukan Islam.. ekau boleh caye tade melayu yg bukan Islam?

to summarize it all.. MALAYS SHOULD HAVE RIGHTS TO FREEDOM OF RELIGION.. BUT WE ALL KNOW: ONCE YOU’RE A MUSLIM, YOU CANNOT CHANGE RELIGION. so melayu murtad boleh menang kat mahkamah atasan/bawahan.. tapi takkan menang kat mahkamah syariah la.. Malaysia ade 2 sistem perundangan.. satu sistem dari perundangan demokrasi (yg dicipta oleh org2 jahil) dan satu lagi sistem perundangan Islam..

sekali lagi aku kate… JANGAN SAMEKAN MELAYU NGN ISLAM.. ITU PENGHINAAN TERBESAR TERHADAP ISLAM..

Problem! problem!

belum tulis pasal mende ni pun aku dah sakit ati.

pc aku buat hal. dah la baru je beli awal tahun. sekarang Windows 7 telah crashed. dan aku takde DVD image dia sebab Windows 7 aku install kat kedai. dan kedai tak bagi DVD image (installer) kat aku. aku pun lupe mintak dulu lepas dia install. GDI!! so aku takleh buat image recovery.
aku dah check. bukan harddisk yg crash (Alhamdulillah). sebab files ngn folders sume masih intact. aku mati2 ingat harddisk aku crash. GDI!! aku dah sedih dah. byk gamba2 aku simpan dalam tu. tak buat lagi backup. ye la.. sepatutnye.. pc baru aku nih la backup sebenarnye. aku baru je abis pindahkan sume files n folders dari pc aku yg lame. penat la aku nak buat backup kepade backup. dah la byk guna space. demmit! demmit!
nasib baik sume game yg aku main adelah game online. so sume mende dah saved kat server game online la. so kalau aku re-image pc aku. Diablo III ngn World of Tanks mesti di uninstall skali. tapi memandangkan game yg aku main gune server online. so selamat la data2 game aku.
yang aku risau sekarang ni. personal data aku. gamba2 aku yg penat lelah amik. malah gamba lame2 yg aku dah scanned. kalau hilang. mmg rasa AARRGGHHHH!!!!!!!!
tah hape kene tah komputer aku tu. tetibe dia pop-out MS Outlook byk kali. kalau tak sentuh pun dia pop-out jugak. hangin aku. virus hape pulak. pastuh aku update Norton Antivirus yg aku beli mahal2 tu.. dia tanak hapdet pulak. lagi marah aku. bodoh! pastuh aku gi la Google solution problem aku nih. aku bukak registry je. menatang pc aku nih main sedap2 delete item dalam registry. bangang! virus mende la yg aku kene nih. lepas tu pc aku terus restart.. then lepas Intro Windows keluar dia terus BlueScreen. GDI!!! sampai la skang nih.
so aku sekarang tade pc. tade internet kat umah. terpakse la aku mengadap Astro sampai hujung minggu nih. Astro dengan decoder rosak. pastu wiken ni kene la bawak pc aku pegi Low Yat. nasib baik ade warranty lagi. nanti lepas re-image, kene ingatkan diri sendiri untuk amik DVD image tu. senang nak buat re-image sendiri.
yang pastinye. lepas re-image nanti C: aku mesti kosong. habis segala mende aku donlod letak dalam C: sume hilang nanti. shit!

dah la tade bola wiken ni. dah berminggu-minggu tade bola padang nih. aku makin rindu. Arsenal pulak buat hape la pagi tadi? dah leading 2-0.. tetibe Schalke boleh comback bagi draw 2-2.. hadui.. pelik aku ngn Arsenal sekarang ni. kamon la. main cam Arsenal dulu-dulu.

pastuh pagi tadi aku dengar berita pasal TPM/Menteri Pelajaran mintak budak2 supaye mengutamakan Aliran Sains dari Aliran Sastera atau Art. tak paham aku kenape Menteri Pendidikan boleh cakap cenggitu. orang UMNO nih mmg bodoh. cakap tak pernah pikir. cara ko cakap tu cam Art Stream tuh mmg tade future langsung la kat Malaysia ni. kau ingat kalau bebudak amik Art Stream, derang nanti end up jadi penyanyi ngn pelakon murahan macam Lisa Surihani ke? Architects tuh artist jugak.. Graphic Designers pun artist jugak.. penyanyi ngn pelakon tuh bukan artist. itu selebriti. bodoh! cam ko la menteri bodoh. bodoh sangat sampai orang celebrate ekau. ekau pun dikire selebriti.
pastuh bagi bantuan kat bebudak science stream je.. bodoh! ekau nih la yg menjatuhkan mimpi/cita-cita pelajar2 kat Malaysia. ko mmg tak patut jadi Menteri Pendidikan la. dah elok2 orang tuh cita-cita nak berkembang dalam Art Stream.. ko cakap macam Art Stream tade future kat negara ni.
ilmu tu tetap ilmu. mane ade ilmu yg tak berguna? ilmu buat bom.. ilmu isap dadah.. ilmu melukis.. ilmu bercakap.. ilmu mengira.. sume tuh ilmu.. dan semua ilmu adelah berguna. ekau tak payah la mandai2 konon nak tunjuk ilmu mane lebih berguna. bukan ekau yg menetapkan future budak2 nih. itu keje Tuhan. ekau ingat ekau Tuhan ke? keje ko adelah support pelajar2 Malaysia supaya terus belajar. itu je. tak penting pun aliran science ke. teknologi ke. aliran sastera ke. perakaunan ke… yg penting skali, ko SUPPORT SUMORANG untuk BELAJAR. itu keje menteri pendidikan, bodoh!
orang yang lantik org bodoh jadi TPM ngn Menteri Pendidikan pun bodoh jugak. bagi pangkat kat org bodoh sebab itu requirement nak jadik PM/TPM kan? bodoh! nak aku sepak je dagu dia.

PROBLEM PEROBELEM!