Demotivation..

urgh! i am demotivated. sume kawan2 dah kawen. its not that aku frust sebab belum kawen. tapi aku frust sebab dah takleh ajak kawan2 lepak bile2 mase yg aku rase nak lepak. pastuh kalau nak buat aktiviti. tinggal aku sorang je. jalan sorang2. tengok bola sorang2. pegi rock concert sorang2. nak ajak kawan2 pegi mandi sungai pun takleh. sume baru kawen or baru dapat anak. nak jaga anak. nak jaga bini tgh pantang. nak hanimun. nak lawat(jaga hati) mertua time wiken.

well. bukan la aku mintak derang jage aku skali. aku tak mintak derang tinggalkan obligation derang pun. sebab tuh la aku tak ajak derang pegi mandi sungai pun. aku tak ajak lepak pun.

but well. aku still cant help feeling depressed. ye la. rasa kehilangan wei. kene carik kawan baru. kene carik awek. tapi mane nak dapat kawan2 skang. kawan2 dapat time skolah dulu. skang nih kawan2 keje pun sume dah kawen, ada obligation derang sendiri. nak carik awek lagi susah. takkan nak tunggu aku kurus baru nak dpt awek. awek takleh terima ke aku yg gemuk dan sihat ni. aku gemuk tapi sihat ok.. bukan sihat yang gemuk. tapi sihat yang sihat. benar-benar sihat. sihat tubuh badan. minum milo anda jadi sihat dan kuat. kementerian kesihatan. punye sihat.
walaupun gemuk. demn.

ade sorang awek nih. aku cube ngorat. tapi dia kate dia tanak bagi ‘false hope’. lol. erti kate lain. aku dah kene reject la. stil aku tak view it as kene reject. walaupun aku tau itu cara baik dia reject aku. but the thing is. aku tanak berputus asa. aku nak cube lagi. cume masalah terbesar aku. aku takde idea. aku taktau nak buat ape. lagi2 bile ajak awek keluar nih mmg bukan cara aku. aku serius tanak ajak awek keluar. walau nak try sekali pun aku tanak. itu bukan cara aku. malah bukan cara Islam pun. well. mmg la kekadang aku bermimpi dapat gi dating cam couple2 di luar sane. tapi no.. selagi dia bukan isteri aku. selagi tu aku takkan berusaha utk memberi dosa pade bapak dia. haish! (ye la dosa anak pompuan, bapak yg tanggung sampai la anak pompuan tu kawen. then suami dia pulak yg tanggung dosa dia)

aku bukan la depress tade awek. cume depress la tade kawan2 nak buat aktiviti same-same sane sini. dlm otak aku nih macam2 mende aku nak buat. white water rafting, gi Thailand, Bandung, Bali, gi panjat Gunung Nuang or Broga, gi main gokart, main paintball, jalan2 pi Legoland, pi Singapore, pegi Mabul, pegi Maldives, gi World Cup Brazil, gi New Zealand, skydiving, petik strawberi, banyak lagi weh mende nak buat. pastuh nak gi amik gamba. kalau aku gi sorang2. sape nak jadi model aku? amik gamba scenery je pun bosan jugak. nak la jugak amik gamba gelagat orang. amik gamba kawan2 berdiri depan zirapah. mintak kakak cleaner tolong amik gamba kite ramai2. pape lah.

nak carik kawan2 student. derang lak tanak kawan ngn aku. aku dah la tua huduh dan gemuk (tapi sihat). apehal nak kawan ngn org tua. ye la. baik carik kawan2 yang beautiful, young and strong kan? oh youth. how i envy youth.

tengok. tade sape nak teman aku pegi jepun. kamon la. someone out there. there must be someone yang nak pegi Jepun. meh teman aku. tapi tiket kene bayar sendiri. hahaa..
gile kau nak aku blanje. pegi Jepun nih aku bajet habis RM10,000 untuk aku sorang je. walaupun pegi 5 hari je. aku dah la kesempitan wang (lama tak sebut ‘wang’) sekarang nih. lepas beli tiket pegi Jepun. makin kesempitan wang aku.

ade hape problem la pulak ngn pembelian umah kat Shah Alam nun. buat masalah je. ##$$% betul la! hadui. kene kuar wang lagi. hadui hadui!

buat aku rasa re-demotivated lagi ade la. kene buat pre-re-motivation planning.

come. be my friend and we’ll conquer anything we want to. even the universe.

About ururu5

I practice Islam, total One Piece fan.. and L'Arc-en-Ciel.. and Arsenal.. and PAS.. and.. im single.. or am i? N.E.S. tolong confirm kan.. I'm left-handed..

Posted on 16th November, 2012, in blush, boring, feelings, fun, idea, kawan kawan, life orang lain, love, my life, Photos, story telling, Travel. Bookmark the permalink. 9 Comments.

  1. Aku lak stress kdg2 bile org sebok la tanye aku bile lagi… Haha mula2 ingatkan tanye aku bile nak mampos… Hahaha… Penat woo nak jawap… Siap ada suruh aku makan sirih senyap2 bagai… Haha dorang tatau ke aku tgah tunggu orang lagi 2 taon… Kang aku nak cepat2 kang, cakap aku tak sabar la apa bana semua… Pastu tanak aku kuar malaysia… Bila aku ckp lambat lagi, dah iye2 suh cepat2 lak. Tak paham aku manusia ni…

    Huhu… Mujur ko laki je… Kalo pompuan, aku ajak da join kelab pompuan single suke berjalan sampai kopak… Hahaha

  2. orang tanye ‘bile’ tuh mmg taleh lari.. sekarang, tiap kali org tanye ‘bile?’ kaki aku mesti jadi lemah. malas dah nak jawab. dulu rajin jawab gak.

    oi best tu.. aku nak berjalan sampai kopak.

  3. i feel u meng!
    mmg stress,depress seme…tp buat2 macho je selalu
    mane nak carikkan..org tanye2 ni mcm la de catalog boleh pilih2 camtu je kan…
    aku takde solution..
    good to know that there are ppl like me out there..hehe

  4. A’ah..kita yang gemuk2 ni mmg sedih..dah 4 bulan diet xmakan nasik, skali 1 kilo pon xturun..pastu ayah dok bletiaq, curi makan la, diet x betul la.. aihhh.. walhal kita yg xturun berat la lg tension drpd org yg tengok kita gemuk je betul x.. tp bab kawin x heran sgt coz baru 23, lg pon kakak saya yg kurus lg ramping umo 28 x kawin lg..so jodoh tu kita x tau kan..antara cpt dgn lambat ja..so don wory k..cis pegi jepun..saya kumpul duit ingat nk g jepun tengok konsert Arashi skali kena paksa g vietnam jek sbb murah cket ..xder jodoh dgn Arashi la ni

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: