Besar gile rumah Ayah

“Assalamualaikum”. tade orang bagi jawapan. aku terus turn off alarm rumah.

“besar gile rumah Ayah”
itu je yg aku pikir masa aku masuk umah lepas balik dari keje semalam. tade sape kat umah. adik bongsu aku kat kampus, adik pompuan aku dah duduk Ampang, abang aku dah lama pindah Sentul, Bapak aku pulak keje kat Saudi, Mak aku kene la teman n jage Bapak aku kat Saudi nun. so tinggallah aku sorang kene jage(konon) umah Bapak aku kat Sungai Buloh nih.
“besar gile rumah Ayah”, aku pikir lepas habis minum susu segar yg aku beli 2 hari lepas.

aku naik bilik aku untuk mandi, tukar baju, sembahyang, godek2 internet, pastuh main game sedas dua. sejak aku beli desktop baru nih, jarang aku bukak TV kat bawah. lagipun decoder rosak, bole tengok satu cenel je. haha. melekat HBO sampai aku rasa rajin nak call ASTRO utk repair or ganti decoder tu. which aku mmg malas nak call pun. tengok lah nanti. so aku surf tenet. bile masuk je Yahoo. ternampak dlm list Yahoo News, orang buat prank hantu dalam lif. kene tengok kat youtube. prank dia cenggini. orang masuk lif tipu. bile pintu lif tertutup. lif bergegar macam tengah naik. padehal lif duk diam je. then lampu terpadam and ade budak rambut panjang pakai baju putih ngn mekap muke pucat masuk melalui pintu rahsia dan berdiri kat hujung lif. then lampu on semula. orang yg kene prank mmg la takut. “kelakar jugak”.

then aku terpikir. kalau terjadi kat aku. adekah aku berani nak selak skirt hantu kalau betul terkene kat aku. ye la. logik la. kalau bukan hantu, nanti dia marah la aku. so aku tau la itu prank. tapi kalau jin betul2 pun. bukan dia boleh makan aku pun. so buat hape aku nak takut sangat pun. well. mintak2 tade la kene kacau ngn jin. stress pulak hidup aku kang kalau kene kacau ngn jin.

pastuh aku tengok ke luar tingkap bilik aku. tingkap bilik menghala belakang rumah. belakang umah aku tade pape. hanye hutan. “gelap nak mati”, aku pikir. well. tingkap umah aku tinted. haha. dan langsir aku biar terbukak sebab malas nak bukak tutup. lagipun convinient sikit. sebab bile matahari naik setiap pagi. cahaya terus masuk dan aku terus terbangun. setiap kali aku tengok tingkap tu memalam buta. mesti aku terbayang ade mate yg tengah memandang disebalik tingkap. i mean. bukan orang skodeng. hahaha. kalau ade orang skodeng aku. aku pun geli nak tengok dia. apehal nak skodeng orang gemuk tak pakai baju? tapi kalau hantu yg skodeng. aku rase biar je la. menatang tu skodeng je. tak buat pape pun kat aku. bukan aku nampak dia pun. so win-win situation la. huk aloh. aku fokus kat kegelapan luar tingkap. nampak bayang pokok yg lagi gelap. “gelap nak mati”, aku pikir lagi skali. dan aku sambung tengok youtube.

lepas 4-5 jam main komputer. rasa haus semula. aku turun ke dapur. minum air kosong 2 gelas. then tutup semua lampu kat bawah. kecuali yg kat tangga sebab aku nak naik tangga jap lagi. then pasang alarm rumah. bile alarm rumah dah on. aku pusing tengok ruang tamu ngn ruang makan. gelap. sunyi. besar. “besar gile rumah nih”, aku pikir. dan aku terus naik bilik dan siap2 nak tido. aku masuk bilik. tutup 2 suis lampu (bilik aku ade 3 suis lampu). aku terpikir, “demn, besar pulak bilik aku nih”. bilik aku dulu di share 3 org. aku, Abang aku ngn Adik Bongsu aku. sorang satu katil. besar kan? aku tengok luar tingkap. set alarm nak bangun pagi esok. turn off pc. capai buku yang nak dibace dan baring atas katil.

RRRRRRRRRRIIIIIIIIIIIIIIIIIIIIIIIIGGGGGGGGGGGGGGG!!!! “aarggh!” (keletap!!) aku turn off alarm. dah pukul 6 pagi. sembahyang subuh and sambung tido balik. haha! aku tak tau kenapa, tapi tepat jam 8 pagi mesti aku terbangun semula. tanpa alarm. mungkin sebab cahaya matahari yg masuk. that’s why aku tak tutup langsir. hehe. mandi, gosok baju, bukak tenet. kul 9 baru keluar rumah. aku keje di KL dan keje start kul 9. heheheheheheheheheh.

oh! ini rutin harian aku dari Isnin until Khamis. seb baik Jumaat ade futsal. wiken aku selalu keluar. adik beradik aku jarang balik rumah. kitorang hanye bersama kalau ada pape special occasion je. cam befday aku ke, befday adik aku ke.. or aku jemput makan olio kat umah ke. well. not that kitorang rapat cam adik bradik lain. we’re not really fond of each other pun. bile adik-bradik aku sampai umah, seko2 terperap dalam bilik memasing (yg dah kawen ade bilik sendiri la) melekat depan komputer jugak. aku pun. haha.

kalau tak, kembali kepada rutin harian aku.
oh! kalau dah sampai umah. aku malas makan. lagi2 kalau tade orang masak. haha.

kene cepat carik awek or bini. or just tunggu Ayah ngn Mama balik dari Saudi (dont know when)……………… mesti la nak option pertama……… mak bapak aku pun nak halau aku jugak. “bile la nih?”.

About ururu5

I practice Islam, total One Piece fan.. and L'Arc-en-Ciel.. and Arsenal.. and PAS.. and.. im single.. or am i? N.E.S. tolong confirm kan.. I'm left-handed..

Posted on 30th November, 2012, in my life. Bookmark the permalink. 1 Comment.

  1. Hahahahahh… Ko kne pastikan rancangan ko tekel minah tu berjalan lancar la… Hahaha…

    Tapi leh tahan jugak la part imagine org perhati… Bilik aku yg kecik ni pon, da la takde langsir (ade mcm2 bende kat tingkap, malas nak alih utk pasang langsir) pastu lak tingkap jenis cam tingkap kelas kat skolah tu… Dgn satu cermin hilang… Kalo takleh tido aku slalu terbayang2 ade tgn alien menggagau2 kat tingkap takde cermin tu… Huhu

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: