Monthly Archives: April 2013

The Midday – Wait

minggu nih. tiap kali lunch break. mesti aku tido. taktau la. bukan penat hape. tapi keje kurang minggu ni. rasa penat menunggu. boring.

hari ni pun penat menunggu. tapi tak boleh tido. walaupun aku nak sangat tido. serius. kejap lagi aku ade la keje sket. cume sekarang nih kene tunggu approval untuk naik tingkat 11 bangunan KWSP nih. tak tau bile KWSP nak approve. kang aku tido kang pastuh tetibe dah boleh naik atas. mesti aku jadik misrable.

tapi aku nak sangat tido… *sigh* hadoi…

————————————————————

 

hari ni Ayah sampai Malaysia dari Saudi. dia cuti lebih kurang sebulan. sebab nak timang cucu dia yang pertame. haha. Alhamdulillah. tercapai cita2 dia nak timang cucu.

Advertisements

The 12 architectural must-sees

aku sebagai graduan UTP berasa bangge juge..

(sile click gambar untuk bace article kat Yahoo!)

aku rasa pelawat boleh gi melawat UTP kalau nak. bile sampai ruang IRC atau library.. nanti sume tergamam.. aku rasa kat Malaysia tade library lagi cantik dari library UTP..

ini map UTP

Gerai Burger Pengotor!

aku beli burger kat depan Maybank Sungai Buloh tadi.. mase dia nak panaskan roti tu.. aku nampak la tompok2 hijau. aku datang dekat.. sah2 la itu kulat.. so aku bagitau la budak yg masak tu. roti tu berkulat. dia seboleh2 nak deny.. siap kate itu serbuk hijau ape tah.. tade orang komplen sakit perut la (memang la tade orang komplen. ko baru jual roti kulat tu.. lagipun sape yg nak pegi balik gerai burger semate2 nak komplen roti berkulat?)
terang2 aku nampak kulat tu. nasib baik ade abang yg nak beli burger skali kat situ backup aku. kalau tak.. mmg budak2 penjual burger tu bagi sumorang makan roti kulat tu. so yg tukang masak decide untuk tuka roti baru (yg tade kulat la) lepas aku menjerit2. “itu kulat! itu kulat!”.. kalau dia teruskan jugak masak roti tu. mmg aku cancel la.

rata-rata penjual burger kat Bandar Baru Sungai Buloh memang fail.. lagi2 yg melibatkan budak2 yg baru abis skolah(or yg tak sambung skolah) yg buat part time jual burger.. derang pikir nak buat duit je. bukan kisah kalau ade orang mati makan burger dia. dah la tak pakai gloves. siapkan burger ngn tangan kiri. korek idung. siap boleh deny lagi. 

memang aku tak beli dah la burger kat situ. setakat nih.. 3 gerai burger aku banned kat Bandar Baru Sungai Buloh sahaja. sebab tiga2 mmg pengotor.

The Evening – Batch Run

hari hari aku tekan “new post”.. setiap kali jugak aku cancel post. ntah la. kat opis ni. keje makin banyak pulak, tiap kali aku nak post something kat blog nih. mood aku mesti ilang bile pikir pasal keje.. in a way. cam bagus jugak. kalau tak. aku tak buat keje. duk tido tak buat pape. blogwalking sane sini. nah nih. keje datang melambak-lambak. sekarang nih. aku keje programmer, hardware support ngn batch support. hadui. dulu programmer je. well. bukan internet nolong pun. internet asik down pulak dua tiga menjak kat opis ni. frust jugak aku tak dapat internet. so kene la buat keje. bile tade mood keje, aku activate skill tido duduk aku. itu pun tak dapat tido lama cam dulu-dulu. asik pikir dead line keje je. pastuh ngn batch run kene buat on request. bukan ikut masa. kejap2 kene run batch untuk SIT. nasib baik nak run UAT ada schedule. dan selalunye request batch run UAT lepas lunch atau lepas keje. tapi like i said. tido pun tak lame dah. selalunye bile aku tak tido time keje. aku start tido time lunch break. well.. awal sket. kul 11.30 pagi aku dah start tido.. kul 2-3 baru aku bangun (hahaha).. tapi lepas dapat keje batch run ni. kul 1 aku dah kene bangun tido sebab nak run batch. aaah! dah tu aku ikut schedule. selangseminggu. aku kene balik lambat. like lambat sangat. orang balik keje 5.30.. aku kene tunggu batch run kul 6.30pm.. lepas maghrib baru leh balik. well.. ok la. project manager aku bagi opportunity untuk claim OT. kat timesheet nanti aku tulis la aku balik kul 8.15pm. sebab aku pekerja permanent. OT hanya boleh claim lepas kul 8.00pm.. (ye.. lepas 8.00pm).. so kalau kat timesheet, aku tulis 8.00pm, aku tak dapat claim.. 8.01 kalu, baru boleh dapat. sib bek dapat restu Project Manager (dia yg suggest claim cenggini).

la nih. aku baru abis batch run. terasa nak menaip pulak time tade orang nih.

hari nih ade Tan Sri resign dari KWSP. dan boss besar dari Jabatan Teknologi Maklumat, yg kompeni aku liaise untuk projek EPF ni akan resign jugak untuk ikut Tan Sri pegi keje kat private sector. haha. keje government nih tak banyak buat duit. keje private sector leh jadi millionaire. derang pun cabut la gi private sector. tapi pelik. aku keje kat private sector nih. tak pulak buat banyak duit. demmit. hahahaha! aku tengok orang yg keje gomen nih pulak yg banyak duit. dengan allowance nye.. ngn bonus nye.. macam macam. aku nih.. setakat keje ngn gaji tiap bulan. ngn claim yg tak seberapa. bonus hape sume tade. haiii…. kawan2 aku sume gaji besar2. jalan sane sini. best betul.  yg si Faitz pulak dapat keje gi Dubai. gaji jangan cakap la… lebih RM20K wei. itu kalau dia stay Schlumberger.. kalau dia dapat offer dari BP. dia kene keje kat Iraq. tapi gaji dia lagi besar dari gaji bapak aku. wahahahahaha! kaye nak mampus. alhamdulillah rezeki dia datang mencurah2. still dia tak pernah lupe kawan. still dia pegi masjid jalan kaki. still dia belanja aku makan.

dah ade contoh depan mate dah. Allah bagi segalanye untuk orang yg beribadah kepada-Nya. aku still lagi ngn pemikiran aku. haaaiiii.. bile tah nak berubah? beribadah in a sense.. bukan setakat solat pegi masjid semua. aku tau Faitz nih berkerja bukan untuk duit. dia bekerja sebab kerja itu ibadah. macam la bapak aku. bekerja sebab dia nak bekerja. kerja itu ibadah. carik rezeki macam nak hidup beribu tahun lagi. solat macam nak mati esok. hadui..

Allah. berikanlah aku usaha untuk beribadah kepada Engkau.